23 Januari 2016 - 14:10
Saudi pungut buku terrorisme dari pasaran

Buku-buku berunsur terrorisme yang diterbitkan golongan Wahabi, pro Ikhwanul Muslimin dan Yusof al-Qaradhawi dipungut dari pasaran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kementerian Pelajaran Saudi memerintahkan buku yang ditulis oleh ulama ekstremis Wahabi bernama Salman al-Awda, golongan pro Ikhwanul Muslimin termasuklah Yusof al-Qaradhawi dipungut dari pasaran.

Menurut surat khabar Saudi al-Hayat, kementerian tersebut bertegas mengharamkan semua buku berunsur terrorisme dan akan mengambil tindakan yang sama terhadap buku-buku lain yang bercanggah dengan Syariah Islam.

Setakat ini, sekitar 80 buah buku terbitan Ikhwanul Muslimin telah diharamkan Kementerian Pelajaran di dalam berbagai daerah di Arab Saudi.